SEO Header Title

Pintu buat T-Team tertutup PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 23 August 2007
22hb Julai , K.Trg, Impian menggunung untuk mencipta sejarah buat pertama kali ke peringkat separuh akhir Piala FAM tidak kesampaian buat pasukan T-Team apabila mereka tewas tipis 0-1 kepada pasukan Felda Utd dalam perlawanan hidup atau mati untuk pasukan T-Team pada malam tadi.

Sebelum sepak mula, T-team menghadapi laluan berliku untuk ke peringkat separuh akhir kerana rekod dalam peringkat suku akhir ini tidak begitu baik walaupun masih berpeluang ke peringkat seterusnya jika mampu menewaskan pasukan Felda Utd dan mendapatkan 3 mata penuh dalam perlawanan terakhir menentang RAMD di Melaka.

Perlawanan yang berlangsung dalam hujan telah merencatkan segala strategi yang diatur oleh jurulatih pasukan. Ketiadaan penjaga gol utama T-Team , Ismail telah memberi kesan yang agak besar kepada pasukan namun itu tidak menjadi alasan utama untuk t-team tidak boleh pergi jauh tetapi segala yang dirancang tidak kesampaian setelah segala usaha telah dibuat.

Gol kemenangan pasukan Felda utd diperolehi dipertengahan babak kedua hasil kelam kabut depan pint gol T-Team , Penyerang utama T-Team, Ahmad Shakir gagal mempamerkan aksi yang baik walaupun mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, ketumpulan barisan hadapan menyudah segala peluang yang terhidang menjadifaktor utama pasukan ini gagal bergerak kehadapan.

T-Team akan ke Kem Terendak Melaka minggu hadapan untuk menlengkapkan jadual perlawanan menentang RAMD yang turut sama gagal ke peringkat separuh akhir.

4 pasukan yang layak ke separuh akhir ialah , Beverly sabah, Proton Fc, DBKL dan Felda utd.

Ditanya mengenai nasib pemain T-Team selepas tamat kejohanan ini, pihak T-team menyatakan kemungkinan besar hanya suku daripada pemain T-Team akan dikekalkan dan yang lain akan digugurkan memandangkan kontrak semua pemain hanya dibuat selama setahun sahaja dan mana-mana pemain yang tidak disenaraikan akan tidak diperbaharui kontrak mereka.

pemilihan pemain t-team 2 diteruskan kini telah bergerak ke daerah dungun sebaik selesai pemilihan di marang minggu lalu. kemudian mereka akan bergerak ke kemaman sebelum menutup tirai pemilihan di K.Trganu 2 minggu selepas itu.

 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?
 

Prayer Time

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Random Pictures


Login Form






Lost Password?