SEO Header Title

T-Team tumpas di arena sendiri PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 15 July 2007
Pasukan PBD K. Terengganu atau T-Team terpaksa akur dengan kehebatan skuad DBKL apabila tunduk 1-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.Pasukan PBD K.Terengganu memerlukan kemenangan untuk mencerahkan peluang melangkah ke peringkat separuh akhir tersentak apabila DBKL membuka tirai jaringan untuk mendahului pasukan T-Team dengan 1-0. Tersentak dengan gol tersebut, T-Team mengasak ke kubu DBKL namun pertahanan DBKL cukup utuh bertahan sambil penyudahan kurang berkesan dipamirkan pemain-pemain hadapan T-Team.
Kelekaan pemain-pemain T-Team yang naik untuk membantu serangan akhirnya menerima padah apabila bekas pemain Pahang Azmani Abdul Kadir bijak meloloskan diri dicelah pertahanan Terengganu untuk membuat penyudahan tepat apabila merembat leret secara menyilang.Walaupun Ariffin Musa berjaya menampan bola rembatan yang cukup perlahan itu, namun tampanan yang kurang kemas membuatkan bola menerjah ke jaring gol untuk melebarkan jurang gol.
Selepas gol tersebut, DBKL mengasak lagi, namun T-team berjaya menyerap asakan tersebut.Sedikit demi sedikit T-Team mengorak langkah membuat serangan menerusi Safuan Adli (no 18) yang bergandingan baik dengan Saiful Azrin (no 23) dibahagian tengah.Beberapa gerakan menarik dapat dijanakan namun penyudahan pulak yang menjadi masalah T-Team.Kedua-dua pasukan sering berbalas serangan namun kegopohan dan ketumpulan serangan menjadi penghalang. Separuh masa kedua menyaksikan T-Team melakukan beberapa pertukaran.Bek tengah T-Team (no 3) terpaksa ditukarkan kerana aksi yang kurang menjadi menyebabkan Saiful terpaksa turun menjadi bek bergandingan dengan Zulharisan.Manakala tempatnya diambil oleh Azman Zakaria (no 24).Gandingan Zulharisan-Saiful cukup kental untuk DBKL menembusinya.Keasyikan pemain-pemain DBKL membuat serangan sambil melengah-lengahkan permainan yang hanya tinggal 5 minit untuk ditamatkan, muncul Safuan Adli yang membuat rembatan leret dari luar kotak penalti terus menerjah jaring.Penjaga gol sedikit tertipu setelah bola rembatan leret dr Safuan tersebut terkena sedikit kaki Saiful Azrin yang menghalang pandangan penjaga gol DBKL tersebut bagi merapatkan jurang.T-Team memperolehi beberapa lagi peluang namun gagal disudahkan dengan sempurna oleh pemain serangan T-Team.

Beberapa aksi kekasaran berlaku sepanjang perlawanan menyebabkan pengadil perlawanan terpaksa mengeluarkan banyak kad kuning pada perlawanan tersebut.Dengan kekalahan tersebut, peluang T-Team untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya semakin tipis.

 
< Prev   Next >

Polls

Bolasepak Malaysia akan bertambah meningkat tanpa pemain import?
 

Prayer Time

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Player

Terengganu

Random Pictures


Login Form






Lost Password?