|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 12 July 2007 |
|
Kuala Terengganu. 12hb. Julai 2007. Pasukan Persatuan Bolasepak Kuala Terengganu (PBKT @ T TEAM) akan memulakan kempen pusingan kedua Piala FAM dengan bertemu DBKL FC pada 15hb Julai 2007 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu jam 8.45malam. Pertemuan ini perlu digunakan sebaik mungkin oleh anak buah Yusuf Ali biarpun yang terpaksa turun tanpa penjaga gol utama yang menjalani pengantungan kerana menerima kad merah dalam perlawanan menentang pasukan Felda Utd Ahad lalu di Stadium Uniten. Dengan empat mata yang diperolehi sekarang ini, PBKT perlu mengambil kesempatan untuk mecipta kemenangan dan menebus mata yang hilang kerana kekalahan 2-3 kepada Felda United sebelum ini. Kemenangan juga perlu untuk mengukuhkan lagi kedudukan PBKT dalam senarai kumpulan ini serta memberi tekanan kepada DBKL FC selaku sang pendahulu kumpulan ini.
Tugas berat pasti dipikul oleh Zulharisham serta Ariffin Musa serta rakan2 untuk memastikan kubu PBKT terus utuh dan pada masa yang mengharapkan ayam tambatan PBKT iaitu Mohd Shakir terus menunjukkan sentuhan berbisanya dan meledak jaringan berkualiti dalam perlawanan ini. |
|