|
BOLING AKHIR TAHUN GSN 2007 |
|
GSN News -
Malaysia Super League
|
|
Written by Eezmo
|
|
Monday, 10 December 2007 |
KEJUARAAN MILIK PENYU BELIMBING

Tanpa diberi sebarang harapan sebelum pertandingan bermula, Kumpulan Penyu Belimbing telah berjaya muncul selaku juara keseluruhan Kejohanan Boling Akhir Tahun GSN 2007 menafikan peluang lain-lain kumpulan yang lebih berpengalaman. Kejayaan yang tidak disangka-sangka ini bertambah manis apabila salah seorang pemain mereka, Marzuki Yusof yang juga merupakan kapten skuad Liga Super Terengganu musim ini berjaya muncul sebagai pemain terbaik kejohanan dengan mengumpul jatuhan pin individu tertinggi sebanyak 462 jatuhan.
|
|
Read more...
|
|
|
GSN News -
Malaysia Super League
|
|
Written by Eezmo
|
|
Sunday, 09 December 2007 |
KIJANG BERTANDANG KE SARANG PENYU
Kuala Terengganu, 9 Disember – Peluang untuk jurulatih Skuad Liga Super Terengganu, Yunus Aliff (gambar) untuk mengesan setiap kelemahan pasukannya bakal menjelma apabila Terengganu bakal diuji oleh anak buah Norizan Bakar, Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam esok, 10 Disember 2007. Perlawanan ini boleh dianggap sebagai perlawanan balas setelah kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Kota Bharu tempoh hari. Apapun, tumpuan pastinya tearah kepada prestasi ayam import Terengganu dari Brazil, Gleisson Jorge De Souza Freire,25, yang semakin hari semakin hangat diperkatakan terutamanya mengenai kualiti yang dipamerkan oleh beliau yang dianggap kurang setanding berbanding Shirlei Lins Mirandha, bekas pemain import Terengganu musim lalu. Ketika rakan-rakan senegaranya iaitu Fabio Flor dan Jocian Bento Dos Anjos yang sudah mula memikat hati para peminat dengan persembahan yang menghiburkan, Gleisson pula dilihat tidak seperti yang diharapkan. Seharusnya, perlawanan persahabatan yang bakal berlangsung malam esok ini tidak dapat tidak, menjadi medan terbaik bagi beliau untuk membuktikan setiap tanggapan negatif itu adalah salah.
|
|
Read more...
|
|
|
BOLING AKHIR TAHUN GSN 2007 : DEBARAN MEMUNCAK |
|
GSN News -
Malaysia Super League
|
|
Written by Eezmo
|
|
Thursday, 06 December 2007 |
Kuala Terengganu, 6 Disember - Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum balingan mula akan dilakukan bagi menandakan bermulanya Kejohanan Boling Akhir Tahun GSN 2007. Kejohanan yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Ganusoccer.net ini bakal menyaksikan persaingan sengit oleh 7 kumpulan yang keseluruhannya melibatkan 24 orang ahli GSN serta dimeriahkan lagi dengan penyertaan 11 orang pemain bolasepak skuad Liga Super Terengganu. Bertempat di Pusat Boling, Kompleks Sukan TER jam 8.00 malam ini, pihak pengurusan Ganusoccer.net berharap agar aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara para ahlinya dan juga bersama bintang-bintang bolasepak Terengganu itu. Kejohanan ini merupakan susulan daripada kejayaan kejohanan yang dianjurkan awal tahun lalu. Kejayaan kejohanan terdahulu itu juga telah menarik lebih ramai peserta untuk edisi kali ini. |
|
Read more...
|
|
| | << Start < Prev 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Next > End >>
| | Results 81 - 84 of 205 |
|
|