PENYU CATAT KEMENANGAN SULUNG- TUMBANGKAN RUSA 2-1
Paroi. 24hb. Jun 2008. Biarpun kunjungan sang Penyu ke Paroi kali ini dalam kempen Piala Malaysia 2008, hanya ditemani segelintir sahaja peminat setia skuad hitam putih namun keadaan itu tidak mematahkan semangat juang anak buah Yunus Aliff untuk bangkit memberi tentangan dan mencalitkan duka buat tuan rumah dengan menundukkan Negeri Sembilan 2-1 malam tadi.
Terengganu yang menurunkan dua pemain pinjaman dalam skuad utama iaitu Liew Kit Kong dan Hairul, jelas terpaku dengan serangan awal serta penguasaan berterusan tuan rumah yang mengasak kubu sang pelawat sebaik sahaja wisel perlawanan dimulakan. Gandingan Kit Kong dan Manaf dibahagian depan setelah pemain import daripada Nigeria tidak lagi bersama Terengganu, menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan tempo perlawanan dan menyaksikan hantaran serta gerakan serba tidak menjadi. Tuan rumah ternyata unggul dengan corak permainan kemas melalui S Kunalan, Lamin Conteh dan Zakuan yang bertindak dengan bijak menyusun atur pergerakan mereka dengan hantaran pendek dan silang yang pelbagai di sebelah kiri serta kanan pertahanan Terengganu. Namun begitu Terengganu menguji seawal minit ke-3 namun sepakan Zairo tidak bertenaga dan tersasar jauh daripada jarak 30m. Ancaman tuan rumah jelas sekali ketara melalui dua ancaman Zakuan serta Kunalan pada minit ke9 ,10 dan12 tetapi samada tersasar dan satu lagi berjaya dipatahkan oleh pertahanan Penyu.
Piala FA 07/08 : Terengganu lwn Selangor Separuh Akhir II
GSN News -
F.A Cup
Written by Geng Ganu
Tuesday, 17 June 2008
TM PIALA FA 07/08 TERENGGANU lwn SELANGOR STD. SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH 17 JUN 2008, 845 MLM
Perlawanan Piala FA separuh akhir pertama memihak kepada Selangor dengan kelebihan 1 gol memaksa Terengganu bekerja keras dalam pertemuan kedua malam ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Berbekalkan kelebihan satu gol, menyaksikan Selangor sedikit selesa untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir yang dijadualkan pada 21 Jun ini.Namun begitu, Terengganu masih berpeluang andainya jaringan awal dapat menembusi pintu gol Selangor malam ini.Terengganu yang mempunyai gol ditempat lawan hanya memerlukan satu gol bagi merealisasikan impian layak ke perlawanan akhir setelah kali terakhir dilakukan pada tahun 2004 berdasarkan peraturan gol di tempat lawan.
K.Trg - Kilauan emas menyinari Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam apabila skuad bolasepak Terengganu mengekalkan kilauan tersebut apabila dengan bergaya menundukkan pencabar baru, Perlis dengan jaringan besar 5-1.Kemenangan besar tersebut diraih apabila Wan Mohd Aliff membuka tirai jaringan seawal minit ke 19 apabila rembatan padunya dari sebelah kanan pintu gol Perlis menyilang ke sebelah kiri sekaligus mematikan langkah penjaga gol Perlis.Gol tersebut menyemarakkan semangat anak-anak didik Khalid Mohd Dahan untuk menggandakan asakan.Permainan cantik dan menghiburkan ditonjolkan oleh kesemua pemain Terengganu yang lebih banyak mendominasikan perlawanan akhir tersebut.