MALAM YANG GELAP – “BLACKOUT”, HUJAN DAN EPISOD MERAH
Shah Alam. 02hb. Mac 2008. Terengganu gagal sama sekali memanfaatkan kelebihan beraksi lebih seorang pemain selama 44 minit apabila sekadar seri 0-0 biarpun penyerang ayam tambatan Selangor Safee Sali dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain pertahanan Terengganu, Fabio Flor pada minit ke19 separuh masa pertama perlawanan. Terengganu juga terpaksa bermain 10 pemain apabila Norhisham Hassan dilayangkan kad merah kerana bertindak secara fizikal mempertahankan cubaan serangan fizikal oleh P Gunalan kepada Zairo pada separuh masa kedua minit ke18. Biarpun insiden itu gagal dikesan oleh pengadil dan penjaga garisan namun pengadil ke4 yang juga pengadil tempatan yang bertindak sebagai pelapur telah memberikan maklum balas ketika sebahagian penonton menjangkakan P Gunalan yang bakal menerima padah juga tetapi malangnya tiada pula sebarang hukuman dikenakan atas P Gunalan biarpun insiden itu dicetuskan olehnya.
SHAH ALAM – Menjelang sepak mula saingan Liga Super hari ini, gergasi pantai timur, Terengganu melaungkan amaran kepada Selangor bahawa tidak mudah bagi mereka untuk menumbangkan pasukan sang penyu dikandang mereka sendiri.
Glession Freire satu nama yang satu ketika dahulu menjadi cemuhan para penonton kini mula menjadi tonggak pasukan dan kesayangan penyokong Terengganu pada masa sekarang.
Dua gol penting yang dijaringkan oleh beliau berjaya membolehkan Terengganu kembali bersaing dalam persaingan liga super yang satu ketika diibaratkan semakin meninggalkan kita.