K.Terengganu, 4 April - Zairo Anuar Zalani dan Gleisson Freire dinobatkan sebagai pemain terbaik bulanan pilihan penyokong2 bolasepak Terengganu. Zairo dipilih berdasarkan pencapaiannya dalam 4 perlawanan terdahulu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.Manakala Gleisson pula dipilih bagi 4 perlawanan kedua di stadium yang sama. Aksi yang cukup menyakinkan kedua-dua pemain ini telah membantu keputusan yang dibuat oleh penyokong-penyokong Terengganu. Setiap kali perlawanan di SSINS, pihak GSN akan mengedarkan borang bagi memilih pemain terbaik perlawanan. Malam Anugerah Pemain Terbaik Bulanan ini telah diadakan malam tadi di Restoran Paradise Deluxe. Malam anugerah ini disambut dengan ringkas namun cukup bermakna untuk ganusoccer.net dan juga pemain.Inilah julung kalinya majlis seumpama itu diadakan oleh Ganusoccer.net.
Pertembungan menarik antara dua sahabat baik Yunus dan Zainal malam ini menjanjikan sesuatu yang perlu dilangsaikan. Di pihak Zainal, sudah pasti ingin membalas dendam akibat kekalahan 2-0 di Stadium Darul Makmur manakala Yunus pula sudah pasti ingin terus memegang gelaran Jaguh Pantai Timur. Apa yang menarik, Pahang pastinya menurunkan beberapa bekas pemain Terengganu manakala Terengganu pula terus bersandarkan kepada anak watan disamping pemain2 import untuk terus mendominasikan penguasaan keatas negeri jiran. Syamsuri Mustaffa, Norfazly Alias,Hairuddin Omar, Rosdi Talib dan Subri Sulong pastinya akan diberi peranan utama oleh Zainal Abidin Hassan untuk menggempur dan mengasak barisan Yunus Aliff.Mereka sudah pasti ingin membuktikan sesuatu kepada bekas majikan mereka iaitu Terengganu.Namun begitu, barisan bimbingan Yunus Aliff tidak akan membiarkan mereka bermaharajalela.Biarpun berkawan namun di tengah gelanggang mereka adalah lawan yang perlu dilunaskan.
Tiada halangan, hanya peluang..itulah ungkapan yang tepat untuk diperkatakan.
Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri gagal digunakan sebaik mungkin oleh pasukan si Rusa apabila skuad penyu dengan begitu mudah berjaya menjinakkan pasukan rusa di gelanggang tuan rumah dengan keputusan 4 - 1 sebentar tadi.Bermain di gelanggang pelawat langsung tidak dipedulikan oleh anak buah pengendali pasukan Terengganu iaitu Yunus Alif.Berbekalkan bekalan satu gol Terengganu bertandang ke Paroi dengan misi besar dan penting bagi musim 2007/2008 ini.Keseluruhan permainan hambar pasukan Terengganu tidak langsung dapat digambarkan dengan jaringan-jaringan yang dihasilkan.