|
Sang Penyu Tumbangkan Tok Gajah Dikandang sendiri |
|
GSN News -
Presiden Team
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 01 February 2007 |
|
1hb Feb , K.Trganu, Terengganu memulakan kanan dalam liga presiden dalam misi untuk mempertahankan piala yang mereka menangi pada tahun lalu,apabila menang tipis keatas pasukan Pahang dengan jaringan 2-1 hasil dua jaringan gol melalui sepakan penalti yang berjaya dilaksanakan oleh Ismail Faruqi dan Moh Nuraliff. Dibarisi lima pemain dari liga super , Terengganu dilihat mampu bergerak lebih jauh kerana masih mengekalkan sebahagian pemain utama yang menjuarai liga ini tahun lalu. |
|
Read more...
|
|
|
Majlis tandatangan kontrak dan penajaan skuad T-Team 2007 |
|
GSN News -
T Team
|
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 31 January 2007 |
|
31hb Jan, Satu majlis tandatangan kontrak diantara kerajaan negeri dan semua pemain pasukan T-TEAM pada musim ini akan dilangsungkan pada pagi ini jam 10.30 pagi di Tingkat 18 , Wisma Darul Iman dengan disaksikan oleh YB Menteri Besar Terengganu, Datuk Idris Jusoh dan Exco Sukan dan Kebudayaan Negeri En.Din Adam. Majlis ini juga disertakan dengan penyerahan cek replika oleh para penaja pasukan T-Team yang kebanyakannya datang dari syarikat korporat dalam negeri Terengganu sahaja. Pasukan T-Team akan memulakan musim baru liga FAM ini pada 4hb Feb ini di Kem Terendak Melaka apabila mereka akan berhadapan dengan pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja pada jam 4.455 petang. |
|
|
Sepak mula liga FAM ditunda dan perlawanan persahabatan T-Team |
|
GSN News -
T Team
|
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 24 January 2007 |
|
Penarikan penyertaan dari Liga FAM oleh pasukan Ranger Waterfall dari Pulau Pinang pada awal bulan ini telah memaksa FAM merobak kembali jadual perlawanan yang sepatutnya bermula pada 21hb yang lalu terpaksa ditunda kepada 4hb Februari ini. Sebelum penarikan pasukan Ranger Waterfall, bilangan pasukan yang mengesahkan menyertai liga FAM musim ini ialah 11 pasukan namun pada awal tahun ini, FAM dikejutkan dengan permohonan penarikan diri yang dihantarkan oleh pengurusan kelab tersebut kerana menghadapi masalah dalaman yang tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini. Kesan penarikan tersebut, bilangan pasukan yang kekal dalam pertandingan ini ialah 10 pasukan sahaja dimana setiap pasukan akan melalui 18 perlawanan diperingkat liga . |
|
Read more...
|
|
| | << Start < Prev 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 Next > End >>
| | Results 193 - 196 of 205 |
|
|