Perlis dan Terengganu, dua pasukan teratas Liga Super setakat ini bakal berentap di Stadium Utama Kangar Rabu ini bagi menentukan siapakah yang layak memimpin liga super.Perlis yang mendominasikan carta liga sejak perlawanan pertama lagi dilihat begitu sukar untuk ditumbangkan.Namun kejayaan Terengganu menumbangkan Johor FC dan Pulau Pinang di gelanggang lawan seolah-olah memberi amaran awal kepada Perlis bahawa pemimpin liga super bakal beralih tangan kepada skuad Penyu itu.
Kehadiran pemain import terbaru Perlis sedikit sebanyak memberikan kelebihan tenaga apatah lagi beraksi digelanggang sendiri.Walaupun begitu, Terengganu juga tidak kurang gahnya.Pernah membenamkan Perlis di Stadium Utama memberikan azimat berguna untuk sekali lagi menjinakkan Perlis biarpun agak tempang dengan senarai kecederaan yang panjang.Tetapi itu bukan alasan kukuh untuk anak-anak buah Yunus Aliff menyerah kalah sebelum berjuang. Kelibat anak muda produk daripada generasi emas skuad Piala Presiden musim lalu, dilihat mampu memporak-perandakan benteng Perlis biarpun benteng Perlis dikawal oleh Kabwe Kamuzati.
Fabio pastikan rekod cemerlang cemerlang Penyu utuh,Selangor pulang hampa
GSN News -
Malaysia Super League
Written by Administrator
Sunday, 07 January 2007
Kuala Terengganu. 07hb. Disember 2007. Jaringan tunggal melalui pemain pertahanan import dari Brazil, Fabio Flor pada minit ke32 sudah cukup untuk memberikan tiga penuh kepada anak buah Yunus Aliff pada perlawanan Liga Super malam tadi Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Penyu “khecok” dengan meninggalkan pemain terbaru dalam senarai penonton iaitu Sherlie Mirindha yang terpaksa berada di khalayak orang ramai bersama2 Fazly, Nik Zul, Ezrain dan Farhan. Yunus masih menaruh kepercayaan kepada duo bekas lulusan skuad Piala Presiden Terengganu iaitu Abd Manaf serta Shahril untuk bersama2 pemain lain dalam kesebelasan utama.
Kuala Terengganu. 06hb. Disember 2007. Persiapan pasukan Terengganu untuk menentang Selangor malam ini terus terjejas dengan senarai panjang kecederaan pemain yang tidak berkurangan malahan terus bertambah dengan Mirindha turut menempa namanya dalam senarai tersebut selepas perlawanan menentang Pulau Pinang pada pertengahan minggu. Namun seolah-olah rahmat kerana kecederaan pemain-pemain utama ini memberikan ruang dan peluang untuk Yunus menguji dan mendedahkan para pemain muda yang lain seperti Ashaari, Manaf, Shahril, Ghulam, Ismail dan Nuralif.Ketika aksi penjaga gawang kedua, Suhardi yang agak memberangsangkan pada babak kedua perlawanan sebelum ini biarpun agak goyah pada babak pertama kerana membuat kemunculan penuh kedua yang berselang hampir dua tahun namun keupayaan bekas penjaga gol skuad bawah umur Malaysia ini nampaknya semakin menyakinkan dan mampu memberikan kelegaan kepada kem Terengganu.