Kuala Terengganu. 22hb Januari 2007. Perlawanan menentang Pahang ibarat mencari jaguh sebenar Pantai Timur dengan kehadiran hampir penonton dalam anggaran 12,000 dan keadaan cuaca amat baik sekali. Dari awal perlawanan, Terengganu mula menyerang ke arah pintu gol Pahang bagi mencari gol semangat. Beberapa serangan yang diatur oleh barisan tengah tuan rumah gagal dimanfaatkan oleh barisan serangan yang diketuai oleh Miranda dan Che Hisamudin.Gabungan Miranda dan Che Hisamudin sering kali mengucar kacirkan barisan pertahanan Pahang. tapi sayangnya peluang yang ada gagal diterjemahkan kepada gol. Peluang terbaik hadir bila sepakan sudut yang diambil oleh Penyu gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Pahang, Iqbal namun pemain2 Penyu gagal merebut peluang yang ada.
Satu lagi peluang hadir hasil hantaran seorang pemain Terengganu dimana hantaran lambungnya terus ke pintu gol dan kelihatan Iqbal teragak-agak untuk membiarkan atau menolak bola tersebut tetapi ketika boal hampir ke pintu gol, dia membuat keputusan menolak bola tersebut. Hantaran dari 2 sayap Penyu iaitu Asrul disebelah kanan dan Manaf di sebelah kiri memberikan banyak masalah kepada Pahang. Tapi barisan pertahanan Pahang juga tetap utuh.
Kuala Terengganu. 20hb. Januari 2007. Hasrat Terengganu untuk mengutip 3 mata penuh tidak kesampaian apabila hanya mampu seri 1-1 dalam perlawanan Liga Super dengan pasukan di tangga kedua Liga iaitu Pahang Darul Makmur.
Turun dengan kelibat Mirindha yang disahkan cergas beraksi namun meninggalkan pertahanan kental Fabio yang berehat kerana pengantungan atas kad merah yang diterima sebelum ini, tuan rumah mengasak daripada babak awal perlawanan untuk mencari gol semangat. Sepakan percuma yang diambil oleh Ezrain hampir mendatangkan gol namun sipi pada seawal minit ke4. Begitu juga selang 5 minit kemudian hasil daripada sepakan sudut yang gagal ditangkap kemas penjaga gol lawan namun peluang yang ada gagal disambar oleh Abd Manaf.
T-Team membuat persiapan terakhir menghadapi Liga FAM 2007
GSN News -
T Team
Written by Administrator
Sunday, 14 January 2007
14 Jan , Pasukan Bolasepak Amatur Terengganu , Kelab Bolasepak Daerah Kuala Terengganu atau lebih dikenali T-Team kini berada di fasa terakhir dalam membuat persiapan untuk menghadapi cabaranLiga FAM 2007 yang akan bermula hujung minggu hadapan. T-Team akan memulakan perlawanan pertama dengan menentang pasukan Kelab Sukan BeverlySabah di tempat lawan pada Ahad ini sebelum menanti kunjungan dari pasukan Majlis Daerah Muar yang akan bertandang di Kuala Terengganu pada 28 Januari nanti.
Sepanjang persiapan T-Team untukLiga FAM ini, beberapa perubahan dan perancangan untuk memperkemaskan pasukan telah dibuat dengan penuh teliti dengan harapan cabaran T-Team dalam liga FAM mampu berdayasaing dalammemberi tentangan sengit dari pasukan lawan yang lebih berpengalaman dan mempunyai kualiti pemain yang lebih baik dari pasukan T-Team. Kemasukan beberapa orang bekas pemain skuad liga perdana Terengganu seperti Zulharisam Awang, Syed Ridzuan, Syed Sobrie dan Ariffin Musa adalah bertujuan untuk menampung kekurangan yang dimiliki didalam pasukan T-Team disamping mempergunakan pengalaman mereka yang sudah bermain ditahap liga yang lebih tinggi.