Sekitar Persiapan Terengganu dalam TM Piala FA 2007
GSN News -
F.A Cup
Written by Administrator
Sunday, 04 February 2007
Sessi latihan 3 Februari 2007
Pemaing kembali ke padang petang kemarin selepas diberi rehat selamat dua hari, khamis dan jumaat.Semua pemaing kelihatan cukup cergas setelah mendapat rehat secukupnya.
Latihan sepertimana biasa…dimulakan dengan warm-up dan juga tunjuk ajar oleh YA berkenaan dengan taktik dan strategi yang akan cuba digunakan dalam persaingan kalah mati Piala FA. Dengan kehadiran semula syamsuri dibenteng, YA nampak tidak lagi resah memikirkan posisi tersebut.
Petang kelmarin juga, pihak rtm ada membuat rakaman dengan menemubual coach Yunuh Aliff , Sheikh Ahmad Tajuddin dan juga seorang pemain.
Jasin, Melaka , Pasukan amatur Terengganu , Kelab Bolasepak Daerah K.Terengganu atau dikenali T-TEAM akan turun menghadapi perlawanan sulung mereka ditempat lawan pada petang ini dan akan berhadapan dengan pasukan Tentera Malaysia iaitu Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di laman mereka. Kini sampailah masanya pasukan T-Team memberi sepenuh komitmen kepada perlawanan untuk mengalas cabaran dan amanah yang ditanggungjawabkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu yang menaja penuh segala kewangan untuk pasukan ini dengan harapan segala bakat yang dimiliki anak Terengganu yang gagal mendapat tempat dalam skuad elit Terengganu mampu mempamerkan keupayaan mereka yang sebenar sebelum mereka mampu bergerak lebih jauh dalam Liga Bolasepak Malaysia yang lebih tinggi.
Adunan pemain pengalaman dan tiada pengalaman dalam pasukan ini sudah tentu banyak kelemahan yang diperlihat sebelum dapat membentuk sebuah pasukan mantap pada tahun seterusnya. ibarat anak kecil yang baru bertatih , pengurusan tidak meletak sebarangan harapan tinggi untuk menempatkan pasukan ini dalam kelompok tiga pasukan terbaik liga FAM, cukup mereka mampu berada dalam 5 pasukan terbaik liga ini.
1hb Feb , K.Trganu, Terengganu memulakan kanan dalam liga presiden dalam misi untuk mempertahankan piala yang mereka menangi pada tahun lalu,apabila menang tipis keatas pasukan Pahang dengan jaringan 2-1 hasil dua jaringan gol melalui sepakan penalti yang berjaya dilaksanakan oleh Ismail Faruqi dan Moh Nuraliff. Dibarisi lima pemain dari liga super , Terengganu dilihat mampu bergerak lebih jauh kerana masih mengekalkan sebahagian pemain utama yang menjuarai liga ini tahun lalu.