Setelah membenamkan Pulau Pinang dalam perlawanan kedua TM Piala Malaysia minggu lalu, kini ATM pula akan menjadi tuan rumah kepada Sang Penyu.Amukan 4 gol ketika membelasah PP minggu lalu bakal dijadikan azimat berguna oleh barisan Yunus Aliff untuk sekali lagi menunjukkan kehebatan.Kali ini ATM bakal dijadikan ratahan.
ATM yang beraksi dalam Liga Perdana tidak kurang hebatnya apabila berjaya mengikat Kelantan dalam perlawanan kedua minggu lalu dengan keputusan seri 1-1.Tanpa kudrat tenaga import, ATM pastinya turun dengan penuh bersemangat bagai pahlawan negara untuk membuktikan pasukannya bukanlah sebuah pasukan belasahan.Hassan Sazali Waras yang mengemudikan ATM pastinya tidak senang duduk memikirkan strategi untuk membedil Terengganu.
STD. SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH 21 FEBRUARI 2007
Liga Super bersambung kembali setelah memberi laluan kepada perlawanan kedua TM Piala Malaysia. Pertemuan Liga Super seterusnya diantara Terengganu dengan TMFC malam ini menjanjikan satu aksi yang pasti menghiburkan. Terengganu yang menduduki tangga kedua liga sudah pasti inginkan kemenangan untuk mengejar pendahulu liga, Perlis.Manakala TMFC yang baru mendapat jurulatih baru, Wan Jamak Wan Hassan juga inginkan 3 mata penuh untuk dibawa pulang sekaligus membaiki kedudukan dalam liga yang kini terperosok antara yang terbawah.
Liga Presiden : Terengganu bergaya di laman sendiri
GSN News -
Presiden Team
Written by Administrator
Thursday, 15 February 2007
15hb Feb, K.Trg - Skuad Piala Presiden Terengganu mengikuti jejak langkah Skuad Liga Super apabila berjaya membenamkan Melaka dalam perlawanan ketiga Piala Presiden dengan 2-0.Terengganu memperlihatkan kejaguhan mereka apabila lebih banyak menguasai permainan.Namun penguasaan tersebut berjaya disekat oleh pemain-pemain Melaka yang begitu utuh bertahan. Terengganu yang menurunkan 3 pemain dari skuad Liga Super iaitu Syam Sharil Ghulam, Cheku Ahmad Rusydi dan NorAliff nampak begitu berbahaya dengan serangan yang bertali arus.Tetapi benteng Melaka begitu kebal untuk ditembusi.