TERENGGANU vs JOHOR FC 4 MEI 2008 Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
K.Trg - Terengganu turun dalam perlawanan terakhir liga super musim 07/08 ini bagi melengkapkan jadual setelah Terengganu yang dianggap pencabar kejuaraan musim ini terkulai layu dan terkeluar daripada saingan merebut piala Liga Super.Di awal musim, Terengganu dilihat mampu menyaingi Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor bagi merebut piala Liga Super.Namun di pertengahan musim Terengganu tidak mampu mempertahankan kedudukan.Perlahan demi perlahan terperosok ke tangga bawah dan kini hanya mampu menghuni tangga keenam.Satu kedudukan yang tidak mampu dicabar lagi oleh pasukan2 bawahan.
Malam ini, Terengganu turun dengan misi membalas dendam kekalahan kepada Johor FC dalam perlawanan pertama di Pasir Gudang.Kekalahan 1-2 itu masih segar diingatan dan malam ini, sudah pasti anak-anak buah Yunus Aliff ingin membalasnya.Namun begitu, Johor FC juga bukanlah satu pasukan yang mudah untuk di tewaskan.Mereka juga inginkan kemenangan bagi melonjakkan diri ke kedudukan tempat ketiga liga.
Lama dok mencoretkan seperenggan dua dalam Diari Latihan Kem Liga Super Terengganu.Maklumlah le ning kesibukan menguasai GG....dok dang nok menjenguk padang latihan tengok aksi Yunus Aliff menurunkan ilmunya kepada anok-anok buohnya.Petang kelmarin GG berkesempatan menjenguk sessi latihang tersebut.
Meh kite masuk dalam stadium......
GG sampai lebih kurang pukul 5.45 doh....45 minit lewat daripada masa latihang bermula..tp takpe...GG dang jugok tengok pemain2 Teganu berlatih dengan penuh semangat.Masa GG sampai tu....Yunus mengarahkan anok-anok buohnya menggunakan getah yang diikat kat pinggang secara berpasangan...GG dok tahu apa nama mende tu....sorang akang tarik dan sorang lagi cuba tahan supaya org didepan dok bergerak...Lama gok GG tengok dia orang buat mende tu.....sampai leloh berdoho pemain-pemain seme..
TERENGGANU lwnFELDA UNITED FC 8 APRIL 2008 STD. SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH 8.45 MALAM
LANGKAHAN PERJUANGAN
Terengganu dan Felda United akan memulakan saingan Piala FA peringkat suku akhir pertama malam ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.K.T dengan langkahan perjuangan bagi mencari bekalan selesa untuk pertembungan kedua 22 April nanti. Terengganu menjadi pilihan untuk memenangi perlawanan ini dengan pengalaman pernah menjuarai piala ini.Namun Felda United yang membuat kejutan mara ke peringkat ini juga mempunyai peluang yang sama apatah lagi Terengganu dilihat keletihan kerana terpaksa bermain pada Ahad lalu menentang pasukan Perlis. Walaupun begitu, itu bukan alasan bagi pemain-pemain Terengganu yang ingin mencari seberapa banyak gol untuk dibawa ke Kuala Lumpur nanti.Begitu juga dengan pasukan Felda.