|
Sang Penyu Berazam Tundukkan Pasukan Red Giant |
|
GSN News -
Belia Team
|
|
Written by Administrator
|
|
Friday, 30 March 2007 |
|
30hb Mac, Kelana Jaya, Pasukan Selangor hari ini menanti kunjungan pasukan Terengganu di tempat mereka pada petang ini di padang PKNS , Kelana Jaya. Kedua-dua pasukan yang mencipta kemenangan dalam perlawanan minggu lalu berazam untuk mengekalkan momentum itu.Bagi pasukan Terengganu, Kejayaan mereka membelasah pasukan ATM 5-0 dikandang sendiri minggu lalu menjadi tonik kepada mereka untuk meneruskan kecemerlangan ditempat lawan lebih-lebih lagi berhadapan pasukan gagah seperti Selangor pada petang ini. Mampukan jurulatih Yahya Jusoh mencari ramuan kemenangan keatas lawan..Ayuh semua peminat bola dilembah klang beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan masing-masing dan memenuhi stadium PKNS di Kelana Jaya petang ini. |
|
|
Terengganu kecundang Buat Kali Kedua Berturut-Turut. |
|
GSN News -
Presiden Team
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 29 March 2007 |
|
29hb Mac,K.Trg, Skuad Simpanan Terengganu terus mempamerkan aksi sumbang apabila mengalami kekalahan buat kali kedua berturut-turut. Pada minggu lalu, pasukan ini tewas buat kali pertama ditempat lawan apabila tunduk kepada pasukan PDRM dengan jaringan 1-2 dan mereka sekali lagi mengulangi kekalahan dengan jaringan yang sama 1-2 dihalaman sendiri ditangan pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil pada petang semalam. Melihat pada aksi separuh pertama, kepincangan jentera tengah dan serangan mengatur serangan menjadi penyebab kepada kegagalan pasukan mencari gol sementara pasukan SSBJ bijak menggunakan peluang yang ada walaupun jarang mendapat peluang tetapi berjaya mendahului Terengganu dengan jaringan 2-0 ketika aksi separuh masa pertama berakhir. Aksi separuh masa kedua, dilihat ada sedikit kebangkitan para pemain untuk mencari gol penyamaan dan usaha tersebut berhasil melalui jaringan muhaimin bagi membolehkan mereka merapatkan jurang gol dengan SSBJ namun momentum kebangkitan pasukan tidak berterusan apabila mereka tunduk kepada lawan dihujung permainan dengan kekalahan 1-2 kepada SSBJ. |
|
|
T-TEAM Gagal Manfaatkan Peluang Di Tempat Sendiri |
|
GSN News -
T Team
|
|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 25 March 2007 |
|
25hb Mac, K.Trg, Pasukan T-Team sekali lagi terpaksa berkongsi mata dengan pasukan DBKL setelah mencatatkan keputusan seri 0-0 dihalaman sendiri. Ini merupakan keputusan seri buat kali kedua berturut-turut setelah mencatatkan keputusan yang sama dengan pasukan Maju United ditempat lawan pada minggu lalu.Ketumpulan jentera serangan membolosi pintu gol lawan menjadi masalah utama pasukan ini untuk mencipta kejayaan.Siituasi ini amat membimbangkan pengurusan kerana para pemain berjaya menguasai permainan dari pasukan lawan tetapi kegagalan mencipta jaringan tidak memberi manfaat kepada pasukan.Pengurusan telah memaklumkan kepada Ganusoccer , pihak mereka tengah berusaha mendapatkan kelulusan untuk mendapatkan pemain baru dipusingan kedua nanti melalui SUK Terengganu. Diharap permintaan mereka ini akan mendapat perhatian pihak yang terbabit. |
|
| | << Start < Prev 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 Next > End >>
| | Results 157 - 160 of 205 |
|
|