K.Trg, 8 Jun - Skuad SUKMA Terengganu bakal turun malam ni menentang Perlis dalam perlawanan akhir SUKMA Ke 12, Terengganu 2008.Skuad Terengganu turun bagi mempertahankan emas yang dimenanginya dua tahun lalu di Kedah manakala Perlis pula kali pertama menjejakkan kaki ke perlawanan akhir SUKMA.
Terengganu menundukkan pemenang pingat perak SUKMA ke 11 iaitu Kedah diseparuh akhir dengan 3 - 0 manakala Perlis bergaya membenam cabaran Pulau Pinang.
K.Terengganu, 24 Mei - "Terengganu tetap di hati kami", itulah luahan daripada Norhisham Hassan dan Norfarhan Mohamad yang cukup berat untuk meninggalkan bumi Terengganu dan pasukan Terengganu khasnya.Namun keadaan yang memaksa mereka untuk mengangkat kaki mencari angin baru bersama dengan pasukan baru iaitu Polis Diraja Malaysia.
Sudah menjadi lumrah kehidupan, pertemuan pasti ada perpisahan.Itulah yang terjadi kepada kedua-dua pemain ini apabila kontrak mereka ditamatkan oleh PBSNT minggu lalu.Kemelut yang melanda antara mereka dan PBSNT akhirnya terlerai dan kedua-dua pemain yang berbakat besar ini diisytiharkan bukan lagi milik Terengganu.
K.Trg - Dua pemain utama Terengganu dikatakan sedang dirisik dan ditawarkan kontrak oleh satu pasukan luar untuk menyarung jersi pasukan berkenaan bagi persaingan Piala Malaysia yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Menurut sumber tersebut, dua pemain utama itu merupakan pemain tengah pasukan Terengganu. Pihak GSN juga masih belum mengenalpasti siapakah pemain berkenaan namun difahamkan mereka adalah pemain senior skuad Penyu tersebut.
Tambah sumber itu lagi, pemain-pemain tersebut telahpun menerima tawaran daripada pasukan berkenaan namun difahamkan, pemain-pemain tersebut masih belum membuat keputusan sama ada menerima ataupun menolak tawaran tersebut.Pasukan yang membuat tawaran tersebut dikatakan sebuah pasukan yang boleh dikatakan agak baik prestasinya dalam Liga Malaysia.